Monday, March 13, 2023

Menu Sahur Yang Sangat Mudah Untuk Berpuasa

 



Marhaban Tiba Marhaban Tiba. 


Eh silap. Ramadhan Tiba Ramadhan Tiba!


Sekejap je kan masa berlalu tup tup kurang sebulan kita nak berpuasa. Ada yang belum habis ganti puasa ke tu?


Cepat-cepat settlekan takut nanti tak sempat pulak. Nanti time-time tu jugak la yang perempuan period tiba-tiba datang. Dah tak sempat nak ganti.


Sahur Kenyang Dan Sihat


Tahu tak sahur yang kenyang dan sihat tak semestinya nasi tau. So mak-mak dah tak perlu bersusah payah masak nasi dan lauk setiap kali nak sahur.


Sekarang mak-mak boleh sahur dengan tenang-tenang je. Tak perlu bangun awal semata-mata untuk masak.


Idea Menu Sahur Mudah


1. Overnight Oat



Bahan-Bahan:

❤ 3-4 sudu rolled oats

❤ 1/2 cawan yogurt

❤ 1/2 cawan susu full cream

❤ 2 sudu serbuk protein

❤ Kekacang


Cara Penyediaan:

❤ Masukkan semua bahan dalam cawan atau bekas berkaca

❤ Kacau sebati

❤ Wrap atau tutup bekas dan sejukkan semalaman dalam peti sejuk


2. Chicken Wrap



Bahan-bahan:

❤ 1 keping wrap

❤ Salad

❤ Dada ayam (potong kecil)

❤ Tomato Ceri


Cara Penyediaan:

❤ Celup dada ayam dengan tepung bestari dan goreng sehingga keperangan

❤ Bakar wrap tanpa minyak atas frying pan

❤ Susun semua bahan atas wrap dan gulung kemas


3. Roti Bakar Telur



Bahan-bahan:

❤ 2 keping roti putih

❤ 1 biji telur

❤ 1 sudu sos cili / Thousand Island


Cara Penyediaan:

❤ Bakar kedua-dua roti

❤ Goreng telur

❤ Letak telur yang sudah digoreng atas roti yang pertama

❤ Letak sedikit sos cili atau sos Thousand Island di atas telur

❤ Tutup telur dengan lapisan roti kedua


Menu Sahur Paling Senang Dan Sihat


Menu-menu atas ni tetap renyah dan susah?


Jangan risau ada menu yang lagi mudah. Seminit settle. Sejak 2019 Yati memang puasa dengan menu ni je. Kadang-kadang je Yati makan nasi bila datang mood nak makan nasi.


Bahan-bahan:

❤ 3 sudu Shaklee ESP / 1 scoop Shaklee Cinch Shake

❤ Nestum Chocolate 3 in 1

❤ 1 cawan ais

❤ 1 cawan air kosong


Cara Penyediaan:

❤ Masukkan semua bahan ke dalam blender

❤ Kisar halus mengikut citarasa anda




Nak dapatkan Shaklee ESP dan Cinch Chocolate boleh contact Yati ye. Produk Shaklee yang lain pon ada.












Set Hamil Dan Pantang Embun | Gabungan Tanamera Dan Shaklee 2023

  Siapa je yang tak kenal Tanamera kan? Jenama terkenal untuk ibu hamil atau berpantang. Mostly ibu-ibu yang berpantang mesti cari set berpa...