Tuesday, August 22, 2023

Berjaya Hamil Selepas Hampir Dua Tahun TTC


 

Setiap pasangan yang berkahwin ada pengalaman masing-masing kan dalam journey untuk dapat anak.


Ada yang sebulan lepas nikah dah direzekikan dengan kehamilan. Ada juga yang tak sampai setahun pon berjaya hamil.


Tapi ada juga yang perlu TTC (trying to conceive) berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Ada yang berjaya dan ada juga yang tak berjaya.


Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing sama ada cepat atau lambat. Kita hanya perlu berusaha dan percaya pada rezeki Allah.




Panjang pulak mukadimah ni kan. Untuk posting kali ni, Yati nak share pengalaman Yati sendiri berjaya hamil setelah hampir dua tahun TTC (Jun 2021 - Mar 2023).


Actually Yati dah nikah since Dec 2019 lagi tapi kami masing-masing plan untuk tak ada anak (tapi tak menolak andai ada rezeki) pada awal perkahwinan atas alasan pandemik Covid-19 waktu tu.


Tapi belum pon dua tahun, Jun 2021 Yati terdetik niat untuk ada cahaya mata. Start dari tu Yati beli OPK test kit untuk check ovulation period.




Yati ada masalah period tak teratur so susah nak jumpa ovulation period tu. Punya la banyak OPK kit habis tapi yang berjaya jumpa pon ada la sekali dua. 


Tapi waktu tu pulak suami di Brunei dan Yati di Malaysia. Belum ada rezeki untuk mencuba. Ada masa sampai give up dan stress tambah-tambah tengok orang sekeliling pon satu demi satu dah hamil dan ada anak.


Sampai satu masa, Yati stop guna OPK, stop check body basal temperature. Just go with flow. Tak nak dah stress stress.


Pujuk diri cakap "kalau ada rezeki tu ada la. Kalau takde takpe la jalan-jalan je dengan suami dulu". Tapi folic acid tetap continue makan in case ada rezeki hamil so tak risau sangat. Penting tau makan folic acid ni. Seeloknya ambik start 3 bulan before kahwin.




Aug 2022 start makan ResV brand Shaklee sebab masa tu tengah murah. Konsisten je makan 3-4 bulan. Period teratur dah lepas tu. Dalam masa sama makan jugak vitamin lain macam Vitamin C, Vitalea. Suami pulak makan Coqtrol, Vitamin E dan Zinc Plus.Semua pon brand Shaklee.


Yati memang jenis setiap kali lambat datang period je akan check UPT. Ada masa check sambil berharap ada rezeki double line.


Tapi bulan 2 2023, lagi specific 13 Feb 2023 Yati saje check UPT sebab period lambat dan memang ada stock UPT test pon dekat rumah.


Serius masa tu sekadar suka-suka check, tak expect apa-apa. Tak berharap langsung nak naik double line.


Tapi Alhamdulillah itu la first time tengok double line sendiri punya. Sungguh tak sangka sebab tak berharap kan. Punya la tak percaya sampai check 3 kali.




Dan ketiga-tiganya double line. 14 Feb 2023 terus pergi klinik untuk confirmkan sama ada pregnant atau tak. Tapi masa tu masih baru so tak nampak apa-apa lagi. Dinding rahim je doktor kata nampak tebal.


1 Mar 2023 pergi klinik untuk check lagi sekali. Alhamdulillah kali ni nampak dah kantung dan kandungan dalam 6 minggu macam tu.


Itu serba sedikit perkongsian Yati berjaya hamil selepas hampir 2 tahun TTC.


Kalau ada yang baca blog Yati ni yang sedang TTC jugak, Yati doakan semoga cepat-cepat dapat zuriat. Dan Yati jugak nak cadangkan untuk ambil vitamin-vitamin yang Yati mention tadi.




Vitamin TTC

💛Res V

💛B-Complex with Folic Acid

💛Vitamin C

💛Vitalea (Sekarang nama baru Vitalize)

💛Coqtrol

💛Vitamin E

💛Zinc Plus


Boleh dapatkan vitamin-vitamin ni dengan Yati, klik je butang dekat bawah ni.



No comments:

Post a Comment

Set Hamil Dan Pantang Embun | Gabungan Tanamera Dan Shaklee 2023

  Siapa je yang tak kenal Tanamera kan? Jenama terkenal untuk ibu hamil atau berpantang. Mostly ibu-ibu yang berpantang mesti cari set berpa...