Semalaman Yati study cara nak cantikkan blog
Dulu buat blog sekadar buat je. Tambah content je. Tapi bila tengok balik rasa alahai biasa sangat blog Yati ni
Nothing special and tak begitu friendly
So bila dah study tu terus la apply kan. Alhamdulillah rasanya blog Yati ni nampak lagi menarik. Orang kata sedap mata memandang😁
Dekat bawah ni Yati dah listkan apa Yati buat dekat blog ni:-
1. HEADER BLOG
Dulu header blog Yati guna yang mana ada je daripada theme yang Yati pilih. Nampak biasa sangat and tak menarik langsung
So Yati tukar dengan image yang lagi cantik. Untuk header ni Yati edit guna Canva. Senang sangat guna Canva ni. Template dah ada, tinggal nak guna je la
So nah tengok header Yati. Cantik kan?
2. FB PAGE BADGE
Before this memang dah ada FB Page ni. Kali ni Yati edit width and length dia sikit bagi nampak kemas
Lagi satu Yati edit sebab taknak nampak post dalam FB Page tu. FB Page Badge yang Yati baru buat ni dia boleh scroll kalau visitor nak baca post dalam FB Page
Kalau tak faham, korang cuba scroll Yati punya FB Page Badge (dekat sidebar bukan dekat gambar ni tau 😅). Confirm faham
3. YOUTUBE BADGE
Haa yang ni new widget Yati letak
Yati memang ada Youtube Channel sendiri yang Yati tolong suggest produk sesuai dengan masalah korang dan jugak Yati share peluang untuk buat side income
Korang boleh la singgah Youtube yati jugak ye
Jangan lupa Subsribe and Like!
Jemput tonton salah satu video daripada Youtube Channel Yati
4. SOCIAL MEDIA FOLLOW BUTTON
Yati taknak bagi sidebar nampak crowded. So instead of letak FB and Instagram Badge, Yati letak follow button yang lebih kecil dan simple
Yang ni Yati follow tutorial dari blog lain. Korang google je, mesti jumpa
So nah. Very simple and cute kan?
Macam biasa la, jangan lupa add friend and follow!
5. LABELS
Okay part ni Yati rasa lawak
Kenapa?
Before this Yati punya label penuh dekat sidebar tu. Bukan takat penuh je, bersepah apa semua. So husband bagi idea untuk cantikkan labels ni
Apa yang Yati buat dekat labels ni, Yati kategorikan setiap labels tu kepada empat kategori:
Health || Beauty || Business || Lifestyle
Maka jadilah label yang lebih kemas macam ni. Senanglah korang nak baca nanti
6. FOOTER BLOG
Selalu dekat footer ni ada copyright je
Tapi Yati rasa nak buat something different. So Yati buat call to action poster macam dekat bawah
Dekat footer ni Yati ada masukkan link to whatsapp. Yati pakai wasap.my dan juga bit./ly untuk track traffic
7. FLOATING WHATSAPP BUTTON
Yati tengok dekat blog orang lain ada button ni. So rasa nak buat jugak
Mudah sikit kalau korang nak contact Yati kan. Kalau korang nak try, just klik "Get Button" dekat bawah Whatsapp Button Yati ni
Then korang just follow dia punya instruction. Sangat simple
Secara keseluruhan Yati rasa puas hati. Baru rasa semangat nak post entry-entry baru nanti
7. FLOATING WHATSAPP BUTTON
Yati tengok dekat blog orang lain ada button ni. So rasa nak buat jugak
Mudah sikit kalau korang nak contact Yati kan. Kalau korang nak try, just klik "Get Button" dekat bawah Whatsapp Button Yati ni
Then korang just follow dia punya instruction. Sangat simple
Secara keseluruhan Yati rasa puas hati. Baru rasa semangat nak post entry-entry baru nanti
Korang rasa ada apa yang Yati perlu tambah lagi tak?
Atau kalau korang ada apa-apa soalan, Yati boleh je tolong
Mcmana nk buat page fb badges? Tutorial plss
ReplyDelete